Strok: Memahami ancaman dan pencegahannya melalui rawatan Bekam

 Strok merupakan ancaman serius dalam kehidupan masa kini yang berkaitan dengan pola makan yang tidak sihat serta gaya hidup yang tidak seimbang. Risiko strok meningkat terutama bagi individu yang berusia. Dalam kes strok, terdapat dua jenis yang biasa berlaku iaitu strok iskemik dan strok hemoragik.

Strok iskemik berlaku apabila saluran darah menyempit akibat pengumpulan lemak, kolesterol, dan bahan asing lain yang menghalang aliran darah ke bahagian tertentu otak, sama ada pada bahagian kiri atau kanan. Sumbatan ini juga boleh berlaku jika darah membeku di saluran darah utama otak. Kekurangan bekalan darah (oksigen dan nutrien) kepada bahagian otak yang terjejas menyebabkan kerosakan sel-sel otak dan gangguan fungsi badan serta pemikiran. Strok iskemik pada bahagian otak kiri boleh menyebabkan lumpuh pada bahagian kanan badan, manakala strok pada bahagian otak kanan boleh menyebabkan lumpuh pada bahagian kiri badan.

Strok hemoragik berlaku apabila saluran darah ke otak melemah, rapuh, terjejas atau dijangkiti penyakit, dan ini boleh menyebabkan kebocoran darah ke seluruh bahagian otak yang terjejas. Kebocoran atau pecahnya saluran darah ini boleh berlaku secara tiba-tiba, terutamanya dalam situasi tekanan darah yang tinggi, stres, atau jika terdapat pengumpulan lemak, kolesterol, dan bahan asing yang menyebabkan penyempitan saluran darah. Strok hemoragik pada bahagian otak kanan akan merosakkan sel-sel otak di bahagian tersebut dan menyebabkan lumpuh pada bahagian kiri badan. Begitu juga, jika strok hemoragik berlaku pada bahagian otak kiri, maka lumpuh pada bahagian kanan badan akan berlaku. Jika kebocoran dan pendarahan terjadi pada kedua-dua bahagian otak atau terlalu teruk, maka keseluruhan fungsi badan akan terjejas, dan boleh berakhir dengan kematian apabila sel-sel otak mati.

Kaedah rawatan alternatif seperti bekam dikatakan dapat mencegah dan merawat strok. Bekam darah atau bekam sunnah dapat memberi manfaat kesihatan yang besar dimana amalan bekam dapat membantu tubuh menyingkirkan sel-sel darah mati, bahan antioksidan (toksin dan pelbagai kimia pencemar), kolesterol, lemak, dan garam berlebihan dari dalam badan. 

Comments

Popular Posts