Rawatan bekam yang selamat dan bersih

Di Hikmah Bekam, kebersihan dan keselamatan pelanggan adalah keutamaan kami. Kami ingin memastikan bahawa setiap rawatan bekam yang anda terima adalah selamat dan bersih.

Kami mengambil langkah-langkah yang ketat dalam memastikan prosedur dan peralatan yang digunakan dalam rawatan bekam kami adalah sepenuhnya disteril. Jarum yang digunakan adalah single use, bermakna setiap pesakit mendapat jarum yang baru dan tidak digunakan oleh sesiapa yang lain sebelumnya.

Cup dan peralatan lain yang kami gunakan juga melalui proses perbersihan yang teliti menggunakan cecair pembasmi kuman, bakteria, dan virus yang memenuhi standard perubatan. Selain itu, kami menggunakan UV Sterilizer untuk memastikan cup dan peralatan kami benar-benar disterilkan sebelum digunakan.

Sebagai langkah tambahan, sebelum cup dan peralatan digunakan, kami juga menyemburkan cecair pembasmi kuman seperti Dettol untuk memastikan kebersihan maksimum. Pembekam kami juga memakai sarung tangan perubatan dan pelitup muka bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman dan bakteria, serta memastikan kebersihan yang lebih terjamin.

Kami juga mengambil langkah-langkah yang selamat dalam pembuangan sisa-sisa klinikal dari rawatan bekam. Jarum, tisu, dan sisa darah akan dilupuskan dengan cara yang betul dan selamat untuk mengelakkan sebarang risiko jangkitan kuman dari sisa buangan tersebut.

Komitmen kami untuk memberikan anda pengalaman rawatan bekam yang selamat, bersih, dan berkualiti tinggi. Kami sentiasa berusaha untuk memenuhi standard kebersihan yang ketat dan melindungi kesihatan pelanggan kami. Pilih Hikmah Bekam untuk mendapatkan rawatan bekam yang anda percaya dan yakin.



Comments

  1. Pergi ke bahagian "contact" untuk berhubung dengan kami.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts